Visit
Official Website

Penasihat Kewangan Selangor, Perkhidmatan Pengurusan Hutang Kuala Lumpur (KL), Penasihat Pelaburan Malaysia ~ Easy Solutions 2 U Sdn. Bhd.

TINJAUAN PERNIAGAAN

PERTUMBUHAN YANG STABIL PADA PROFESIONALISME

Easy Solutions 2 U Sdn. Bhd. ditubuhkan pada tahun 2017 dan pada tahun 2020 cawangan Petaling Jaya, iaitu cawangan yang pertama telah ditubuhkan. Pada tahun 2021 cawangan Damansara telah ditubuhkan sebagai cawangan yang kedua.

Sejajar dengan pengembangan perniagaan yang mantap, Easy Solutions 2 U Sdn. Bhd. telah meningkatkan kakitangannya dari kira-kira 7 pekerja menjadi pasukan profesional 25 orang yang kuat. Perniagaan kami merangkumi seluruh Malaysia, terutamanya Kuala Lumpur dan Negeri Selangor. Sejak penubuhan syarikat pada tahun 2017, kami telah membantu lebih daripada 3,000 pelanggan untuk menangani hutang bank dan berjaya mencipta kekayaan untuk kebanyakan mereka.

Catatan:
£ª Pernyataan 1: Easy Solutions 2 U Sdn. Bhd. adalah perunding kewangan dan tidak memberikan pinjaman.
£ª Pernyataan 2: Easy Solutions 2 U Sdn. Bhd. membantu menyelesaikan hutang bank dan pinjaman bank, dan dana 100% berasal dari bank.
£ª Pernyataan 3: Easy Solutions 2 U Sdn. Bhd. tidak terlibat dalam sebarang perlaburan Money Game, Multi-Level Marketing (MLM) ataupun perlaburan yang berisiko tinggi.
 
Easy Solutions 2 U Sdn. Bhd. memberi 1 Stop Solutions untuk kesemua rakyat Malaysia. Dari pinjaman, pasukan pengawai bank, pasukan peguam dan pasukan perakaunan, perkhidmatan 1 stop kami untuk membantu pelanggan menyelesaikan masalah dengan menjimatkan masa dan usaha
 
TERAS PERNIAGAAN

HAPUSKAN HUTANG JAHAT, MENGEKALKAN HUTANG BAIK, DAN MENINGKATKAN NILAI SIMPANAN

Easy Solutions 2 U Sdn. Bhd. tidak terlibat dalam perniagaan pinjaman wang. Kami hanya memberikan servis perundingan profesional dan memberi serangkaian perkhidmatan untuk membantu anda menguruskan hutang anda dan juga mendapatkan pakej pinjaman bank yang lebih bagus. Selain ini, kami juga memberi platform perlaburan yang sempurna untuk semua pelanggan supaya dapat menjanakan keuntungan dengan tanpa sebarang keraguan.
 
INTERGRITI & KOMITMEN


INTEGRITI JENAMA KAMI AKAN MENINGKATKAN SITUASI KEWANGAN ANDA

Sebagai perunding kewangan yang profesional, kami mematuhi kod etika tinggi iaitu 4K:
 
Ketelusan: Kami mendedah proses, penyelesaian, pembiayaan, prosedur, dan caj perkhidmatan kami dengan anda.
Kerahsiaan: Kami memastikan bahawa semua pekerja mesti mematuhi kod kerahsiaan. Semua maklumat anda akan kekal 100% rahsia dan sulit.
 
Kecekapan: Semua aplikasi yang dikendali oleh pasukan Easy Solutions 2 U Sdn. Bhd. adalah cekap dan aktif untuk kemas kini kemajuan aplikasi anda.
Ketepatan: Kami memberi pelan-pelan pengurusan kewang yang dapat disokong oleh informasi-informasi yang paling tepat, misalnya kadar faedah pinjaman bank-bank terkini.
 
Kami dengan bangganya dapat memenuhi piagam integriti dan komitmen yang disebutkan di atas kerana kami mematuhi Standard Operation Procedure (SOP) yang lengkap, untuk memastikan anda mendapat perkhidmatan kewangan yang paling berkesan.
 

Tujuan

Membantu 1800 individu atau bisnes setiap tahun mengatasi masalah kewangan

 
MISI & VISI
 

MISI

Mengurangkan kadar kebankrapan, mengurangkan hutang lapuk, memperoleh aliran tunai positif, mengekalkan hutang yang sihat, dan juga untuk mencipta kekayaan.

VISI

Merangsangkan pembangunan ekonomi Malaysia untuk mencapai kemakmuran hidup kepada seluruh rakyat Malaysia.
 
LANGKAH-LANGKAH PERKHIDMATAN KAMI
 
Kaunseling Kredit

Kami menilai status kewangan anda berdasarkan Net Worth Plan (NWP) untuk memahami keadaan kewangan semasa anda secara lebih terliti  semasa sesi kaunseling kredit.
Penyelesaian Khas

Kami akan menyediakan dan menawarkan cara penyelesaian yang khas untuk anda supaya memenuhi keperluan & kehendakan anda.
Penyerahan Permohonan

Kami akan mengumpulkan semua dokumen dan informasi yang diperlukan untuk meneruskan langkah penyerahan permohonan bank dan pelaburan.
 
Perkhimatan Perundingan

Kami juga menawarkan perkhimatan perundingan dengan mana-mana pihak bank atau pelaburan yang berkenaan sesampai kelulusan permohonan anda berjaya didapatkan.
Kelulusan Permohonan

Kami akan menyediakan kesemua dokumen-dokumen perjanjian yang bekenaan dan menerangkan semua terma-terma yang penting dalam perjanjian tersebut sebelum anda menandatangani-nya.
Perkhimatan Susulan

Kami akan memastikan dana dari bank dapat diperolehi atau pelaburan yang disetujui dapat dijalankan secara lancar.
 
PASUKAN KAMI
 
MENGUASAI INFORMASI TERKINI MELALUI KURSUS LATIHAN DARI MASA KE SEMASA

Easy Solutions 2 U Sdn. Bhd. sentiasa menyediakan latihan profesional untuk semua perunding kewangannya, dengan tujuan untuk membina pasukan perunding yang kuat. Sebagai contoh, kami mengundangkan pegawai bank dan akauntan dari firma perakaunan untuk menyampaikan kursus mengenai hutang, akaun dan pinjaman.

Kursus ini bukan sahaja melengkapkan ilmu-ilmu profesional tetapi juga mengemaskini informasi-informasi terkini dan akhirnya untuk memastikan pasukan kami memberikan perkhidmatan yang terbaik!
 
Zac Tan

Founder & Director
Jason Chook

Co-Founder & Director
Ray Sin

Founder & Director
Rickson Yong

Director & Senior Advisor
Chris Yong

Partner & Senior Advisor
Founder of CY Academy


Langgan Risalah